AMAL 7
(1) Membaiki diri sendiri hingga mejadi kuat tubuh badan, mantap akhlak, fikiran yang terpelajar, mampu mencari nafkah, bersih Aqidah, betul ibadah, mengawal nafsu diri, menjaga waktu, tersusun dalam urusan dan bermenfaat kepada orang lain.
(5) Membaiki kerajaan sehingga ia menjadi Kerajaan Islam sebenar yang melaksanakan peranannya sebagai khadam kepada umat ini, pelindungnya dan buruh demi mencapai kepentingan umat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang :
(i) Anggotanya dari kalangan orang-rang Islam.
(ii) Mereka menunaikan amal-amal Fardhu .
(iii) Tidak terang-terangan melakukan maksiat.
(iv) Melaksanakan hukum hakam dan ajaran-ajaran Islam. Mengambil anggota dari bukan Islam dalam hal darurat asalkan bukan jawatan Wilayah Ammah (kepimpinan tertinggi).
Diantara sifat-sifat Kerajaan Islam ialah :
i. Merasa tanggungjawab.
ii. Belas kasihan terhadap rakyat jelata.
iii. Adil sesama manusia.
iv. Bersih dalam menjaga wang rakyat dan berjimat cermat.
Diantara kewajipan Kerajaan Islam untuk rakyat ialah :
i. Memelihara keselamatan dan keamanan.
ii. Melaksanakan undang-undang.
iii. Meluaskan pengajian ilmu pengetahuan.
iv. Mempersiapkan kekuatan.
v. Menjaga kesihatan.
vi. Memelihara kemudahan awam.
vii. Membangunkan ekonomi dan menjaga harta negara.
viii. Menguatkan akhlak umat.
ix. Menyebarkan Dakwah.
Diantara hak-hak Kerajaan Islam ke atas rakyat – sekiranya kerajaan tersebut telah melaksanakan kewajipan-kewajipannya – ialah memberikan :
i. Walak dan ketaatan.
ii. Bantuan dengan jiwa raga dan harta.
Jika kerajaan cuai dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya, maka ke atas rakyat berperanan untuk :
i. Memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Jika masih juga cuai maka :
ii. Digantikan dengan kerajaan lain yang benar-benar bersedia melaksanakan kewajipan-kewajipan
(7) Memimpin dan membimbing alam dengan cara meluaskan Dakwah Islam ke segenap ceruk dan keseluruh pelusuk dunia. “Sehingga tiada lagi fitnah dan seluruh agama (sistem) adalah milik Allah” (Al-Baqarah:193).
http://inijalanku.wordpress.com
No comments:
Post a Comment