Monday, June 1, 2009

so adorable..

ETF?
Babies 'see' languages
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan solat, Ya Tuhan kami, perkenankanlah doa'ku. Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan keduabibu bapaku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhintungan (hari Kiamat) "
~Surah Ibrahim:40-41~

cabaran demi cabaran




"Ya Allah, janganlah dipesongkan lagi hati ini setelah diberikan petunjuk dan hidayah"

Reflection

Love for Allah

If my love is attached to Thee
Then from sin I will be free

Each time my heart will beat
Your name will resound with heat

With your name shivers my each limb
They seek to be released from whim

Allah, Allah, is my hearts speech
Your Mercy is what I beseech

The Most Merciful keep me content
With all that You have sent

Keep in my heart Your remembrance
And in Your deen and love allow me to advance

Help me in my quest
Permit me to pass the ultimate test

Save me from the clutches of Satan
Give me death upon Imaan.


~www.islamicpoem.com~

Sunday, May 31, 2009

Is it so hard for me to understand?? :(

[3229278733_39411b3e89_o.jpg]

~ Khairunnisa'~

Islam Boleh!! Muslim Boleh!!

STOCKHOLM (AFP) – A 16-year-old Iraqi immigrant living in Sweden has cracked a maths puzzle that has stumped experts for more than 300 years, Swedish media reported on Thursday.

In just four months, Mohamed Altoumaimi has found a formula to explain and simplify the so-called Bernoulli numbers, a sequence of calculations named after the 17th century Swiss mathematician Jacob Bernoulli, the Dagens Nyheter daily said.

Altoumaimi, who came to Sweden six years ago, said teachers at his high school in Falun, central Sweden were not convinced about his work at first.

"When I first showed it to my teachers, none of them thought the formula I had written down really worked," Altoumaimi told the Falu Kuriren newspaper.

He then got in touch with professors at Uppsala University, one of Sweden's top institutions, to ask them to check his work.

After going through his notebooks, the professors found his work was indeed correct and offered him a place in Uppsala.

But for now, Altoumaimi is focusing on his school studies and plans to take summer classes in advanced mathematics and physics this year.

"I wanted to be a researcher in physics or mathematics; I really like those subjects. But I have to improve in English and social sciences," he told the Falu Kuriren.

"yahoo! news"


Insya'Allah, with Allah's help, muslims can achieve more and so does our future children:)


Saturday, May 30, 2009

mungkinkah sudah tiba masanya? jeng3 :)

Bercakap mengenai soal perkawinan sebenarny bukanlah as simple as ABC, dan jugak bukanlah sekompleks yg disangkakan.. (macam tw2 je) hehe3 :) tapi the main question is, cmne we would know that we are up for marriage? haih.. parah niy. soalan cepumas tuh. so, let's do some checklist...

1. Jika anda sgt yakin sudah tiba masany, and sudah pon mempunyai teman hati, maka solatlah istikharah. itu yg paling utama and sgtla penting. this is because mayb kite rse cm he's the one, the one and only la konony, or this is the right time, however, bear in mind that kite hanya mampu merancang and Allah is the best planner of all. only Allah knows what the best for us, so mintakla petunjuk dari yg the best..whatever it is, mesti kite sume nk the best for dunia and hereafter kan, jadi, kalau boleh before menerima lamaran, maka solatlah istikharah. (kne ingt nie:) tkut nnt terover excited:) ) bertepatan dengan firman Allah:

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]

2.BIncang dengan org yang rapat dengan anda mengenai perkara ini(ibu bapa, friends, teachers) this is to ask for their opinion, does not mean you have to follow them, but i still do think that the best solution to check whether we are ready or not is to perform solat istikharah.

" Hakikatnya, semua ilmu adalah milik Allah s.w.t, begitu juga mengenai diri kita. Kita sangkakan kita sudah cukup tahu mengenai diri kita, tetapi yakinlah, Allah lebih mengetahui apa yang baik, ataupun apa yang buruk bg kita. mungkin kita merasakan kita sudah cukup bersedia, tetapi mne tahu sebenarnya kita tidak mampu lagi mengharungi kehidupan berumah tangga"

3. Sekiranya anda sudah mempunyai teman hati, lebih baik anda melakukan solat istikharah. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya sebarang lovey dovey feelings yang melanggar syariat, then if he is the one, then don't wait, kahwin je:) yeye:) but if he is not, then better off, kalau goes on separate ways. trust me, it's better:)

4. kalau nk cakap dr segi financial, certain org pernah kate xkn nk kahwin kalau duit sume xcukup lagi, hmm, persoalan ini sy kupas mengikut tafsiran dan hujah sy, terpulang la pada anda sume untuk memikirkan, rezeki itu milik Allah. Insya'Allah kalau niat betul, Allah akan turunkan rezeki,Allah akan cukupkan bg kita apa yang patut. Rezeki itu milik Allah, spekah kite makhluk yang tidak mengerti ini untuk berkata mengenai penurunan rezeki?

5. Hm, kalau org kte nk kahwin time blaja is disturbing, hmm, again it's up to the individual nk tengok from positive aspect or negative. From the article, mengapa yahudi bijak, die kte as soon as diorang tahu their wife is pregnant, diorang wat math sme2, tidakkah kalau kahwin time blaja, and mengandung palk tu, Insya'Allah kita mampu melahirkan umat islam yang bijaksana and soleh2 belaka? Insya'Allah. Marilah kite berharap untuk perkara tersebut. Doa dan terus berdoa.

As conclusion, I would say, segala pergantungan harus diletakkan pada Allah s.w.t, Insya'Allah segalanya akan menjadi baik dan sempurna. Insya'Allah

Friday, May 29, 2009

Rindunyeeee.... ;)

It's been so long..

Msuk hari ni, da 3 bulan xde post kat sini. Lame kan. huhu. bile bkak pn da brhabuk je. hehe. Anyway, sbnarnye xtau nak start dr mane, sbb rase cam dlm 3 bulan ni.. byk sgt bende yg nk share tp x tershare2.. xpela. yg tu nti2 kte cite k. skrg ni, yg pling penting, kte nak revise balik ape matlamat asal time kte wujudkan blog ni...kot2 la da lupe kan..

Firstly, to readers out there yg br first time bce blog ni, actually this blog consists of a few people. Kitorg decide utk wat blog ni pn, bile kitorg realize yg setiap org ade peranan die masing2 utk membantu ke jalan Islam, regardless of who that person is, keje ape dok mane and macam2 lg la. And tambah2 lagi hr 2 pd ketika Israel beriya2 mengebom Palestin, kitorg tertarik ngn kisah seorg perempuan Palestin yg time tu sepatutnye die kahwin ngn sorg laki ni tau. N bile keadaan x stabil n rmai umat Islam saudara mara kat sane mati (syahid insyaAllah..), rmai org expect die akn tangguhkan wedding.

But guess what? Die xnak. Dia kate, die nak kahwin jugak, nak lahirkan pejuang2 Islam, nak pastikan pejuang2 Islam xkan pupus dari bumi Palestin. Time tu, terus je membara semangat kitorg. Wanita ini nampak ngn jelas matlamat die. Kahwinnye die utk berjihad. Nak perjuangkan Islam. Walaupun perempuan x disuruh utk turun ke medan pertempuran utk berjihad, die tau peranan die sbg seorg Islam dan tetap berusaha utk menyumbang apa yang dia mampu lakukan. Dengan mendidik, membesarkan dan menanamkan semangat jihad yang tinggi dlm diri anak2 Palestin. Korang tau x, semasa sorang Sheikh dari Palestin dtg ke Indonesia utk bg talk, beliau mengatakan bahawa, Yahudi laknatullah membunuh kaum2 ibu dn kanak2, sbb diorg tau, dr sinilah lahirnya para mujahidin. Kaum ibu inilah yang mengasuh dan menanamkan aqidah yg kental dan semangat jihad yg x pernah surut dalam diri anak2 mereka.

Somehow, hal ni scara x langsung, membuka hati dan minda ktorg yg walau kat mane pn kite berada, siapa pun kte, kita semua adalah orang Islam yang bertanggungjawab memperjuangkan Islam, dengan apa cara sekalipun. Sedangkan perempuan2 Palestin tu yg berada dlm keadaan pnuh mendesak n unstable sangat bersemangat nk berjuang for Islam, apetah lagi kite yg berada dlm dunia serba-serbi lengkap ni? yang dibesarkan dr kecik dgn ilmu pengetahuan, msuk skolah, kolej, u dan sebagainya? xkanla kite cume nak menjadi penonton, n x nak langsung menjadi mereka yang berjuang?

Setiap yang Allah jadikan, pasti ada hikmahnya dan peranannya. Kenapa Allah jadikan perempuan yang mengandung dan melahirkan anak, dan bukan golongan lelaki? Firman Allah dalam surah al-Baqarah: 286,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".

Semua itu tersimpan dalam rahsia penciptaan lelaki dan wanita pada asasnya. Allah letakkan peranan wanita itu sesuai dgn fitrah kejadiannya. Kite sedia maklum, Allah ciptakan perempuan, 9 emosi dan 1 logik, thus anugerah Allah itulah yg membolehkan mereka sanggup melahirkan, mendidik dan mengasuh anak2 sehingga dewasa dgn penuh kasih sayang. Kat sini kite nampak peranan kite sbg perempuan, di mana sbg org Islam, kite bukan sahaja membesarkan anak2 kite, tp kite juga kene aplikasikan Islam dalam proses membesarkan anak2 kite, tanamkan Islam dalam diri mereka.

Siapa yg xnak kawin kan? Kite sme nak kawin tp harap2 dgn niat yg berbeza skrg. Semata2 kerana Allah. Kite nak spy kahwin kite pn adalah kahwin yg diberkati, yg akn bawak saham utk kite di akhirat kelak. Thus, salah satu cara ialah dgn kita niatkan kahwin kite utk berjihad, kahwin utk melahirkan pejuang2 Islam. All of us are future moms, tp yg bezakan kita dgn org kafir adalah kite ni bukan sahaja future moms but future muslim moms. Kite adalah future muslim moms yg akan besarkan anak2 kita menjadi TRUE FIGHTER OF ISLAM. InsyaAllah.

Maka layakkah kite utk membimbing anak2 kite di kala diri kite sendiri terumbang-ambing imannya, bagaikan chipsmore ibadahnya, sekejap ada, sekejap xde..? Tepuk dada tanya diri kita. Kite kene sedar yg kite kat dunia ni cme persinggahan je, bkan utk enjoy x tentu hala. Islam x larang kita dr bergembira, seronok, boleh, tp kite kene ingt dan sedar akn matlamat kite, kita ada tugas yg lbih besar di dunia ni. Nak bangunkan khilafah Islam. Nak lahirkan dan didik generasi Islam.

Thus, segalanya bermula dgn diri kita sendiri. Mungkin kite rase, "ala, bkannye aku nak kawin skrg pn, nak dpt anak skrg pn, nanti ak pikirla cmne nak besarkan anak ikut Islam ni, nanti aku belila buku2 agama cara nak besarkan anak." Kite tau secara logik, utk membimbing org lain, kite kene bimbing diri kite sendiri dlu. kalau diri kite sendiri x btul, cmne nak bimbing anak kite bagi btul? so, same2 la kite ingatkan sesama kite, dlm usaha kite nak berusaha menjadi seorang Islam yang lebih baik...

Akhir kata, renung2kan lah..
Allah x pernah rugi jika kita x menolong agama-Nya, akan tetapi, kitalah yang pasti rugi jika kita x menolong agama-Nya.

Wallahu'alam.

p/s: Manusia x lari dari melakukan kesilapan. ni semua adalah pandangan semata2 berdasarkan sedikit pengetahuan dan ilmu yg terbatas. Jika ada kesilapan, mohon diperbetulkan.. :)

-S.B-

Thursday, February 26, 2009

Apa ada dalam hati?

Assalamualaikum
apa sebenarnya ada dalam hati kite? sy selalu wonder dat question, and sometimes rse takut bile kite cm realise yang ad dalam hati kite bukan lah Allah, tapi bnd lain. pening? Ok cmni, mcm kite kate kite tutup aurat sebab Allah. betul ke itu yang ad dlam hati kite?ataupon kite nk riak kt org? ataupun sebab kite xnk org kte kite xelok sebab xpakai socks la, ap la. ad kah kite lebih utamakan pndgn org kat kite? (p/s: soalan niy sy tujukan buat diri sy jugak) dari pandangan Allah? sometimes sy se hati sy keras sgt. takut tau, takut2 nikmat iman and islam ditarik. nauzubillah. patutla kite xbole riak and xbole berlagak bagus. mcm la kite sorg je yang bgus kat dis world. syurga tu da jadik milik kite ke untuk kite pandang keburukan org lain..(i'm talking to myself!!) walaupun dalam lintasan hati kite je kite berkate something yang buruk pasal some1, still cm not appropriate. katekanlah kite buat something sebab Allah, knape kite masih menangis, sediyh and ap2 lagi yang sama dengannya, sebab action kite? betul ke Allah tujuan utama kite buat bnd tu? (something which i really have to ponder upon) same2 la tanya balik kat diri sendiri and banyakkan beristighfar. mintak petunjuk kat Allah ye(I'm talking to myself again!!) mungkin ap yang kite bru dapat tau, itu yang lebih baik. for everything, Allah tahu ap yang baik untuk kite, and harap2 ny kite bijak mengambil peluang tersebut. 

p/s: sy nk sgt dpat husband yang bole bimbing sy, tapi sy da cukup baik ke untuk dapat lelaki sedemikian? (i'm asking myself)

~This post may be confusing to some, whatever it is, please advice me or critize me if you want to help me to be a better muslimah, Insya'Allah.. 

Saturday, February 21, 2009

Bahagianya jika si Dia


Bahagie nye dapat pakwe macam die...
Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang takboleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever
depanyang maha Esa...
Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengokjugak....
Tapi takut nanti terbakar dek apineraka
Di suatu hari yang giler forever
Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasihdie Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadapNya.
Saya pun tumpang dapat pahala.
Phehsyoknye...
Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenangjiwa...
Semoga lebih cintakan Nya dari saya...
Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..Nanti awak sakit saye susah ati blabla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama
burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....
Kesimpulannya saya memang sayangdia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...
Semoga kami saling mengingati,Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepasni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah AMPUNKANLAH kami....Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

Friday, February 20, 2009

Usah Putus Asa
www.
iluvislam.com
posted by 
alsansan
editormawaryangtinggi




Ketahuilah olehmu sahabatku...

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia... 
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha. 


Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedihnya...
Allah SWT sudahpun menghitung airmatamu. 


Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu terasa berlalu begitu sahaja ... 
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.


Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.
 

Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segala-galanya dan tidak tahu hendak membuat  keputusan ... 
Allah SWT punya jawapannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau mula merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu. 


Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu. 


Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucapkan kesyukuran,
Allah SWT telah memberkatimu. 


Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban,
Allah SWT telah tersenyum kepadamu. 


Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi,
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu. 


Maka ingatlah..walau dimanapun, atau kemanapun kau menghadap...
  

Allah SWT TAHU


~Khairunnisa' 

Sunday, February 15, 2009

What if....

Salam
Ok, kite tahu kan kite sume nk kahwin awal, tapi kite hny mampu merancang, Allah yang menentukan. bertuah la spe yg dapat kahwin awal, da msuk salah satu ciri girl yang diberkati, tapi xp, everything ad hikmahny kan. Ok, what if kalau kite xkahwin time blaja? Ditakdirkan xdpat khwin time blaja? Hmm, xp2, kite msih boleh berbakti. Even Khadijah (isteri Rasulullah s.a.w) pon kahwin lambat(sekadar menyedapkan hati, kalau2 jodoh xsmpai awal....hehe2) and still boleh berbakti kn pada agama. moga2 kite pon cm2 jugak..xkisah la, kahwin lambat ke awal, itu sume telah ditetapkan(tapi harapny awal la, and dpat husband yg bole bimbing) kite sme2 ingtkn each other tanggungjawab kite yg utama. moga2 kite dapat mmberi sokongan kepada hubby kite nnt(xsbrny....) untuk menjadi pemimpin yang bertaqwa, and moga2, kite dapat menjadi khairunnisa(sebaik2 wanita) and moga2 kite dpat bimbing anak kite, jadi isteri yang solehah, and muslimah yang berjaya dunia and akhirat.. Insya'Allah...Amin..

p/s: Nk menyedapkan hati lepas kne lecture ngn siblings....

kahwin waktu blaja VS kahwin waktu kerja

HMMMM....wat do u guys think? which one will give the most benefits?
ok 1st..i agree with kahwin waktu blaja..maybe coz khwin waktu blaja = kahwin awal..it gives benefit sbb when we get pregnant time blaja, it could help to stimulate our baby's brain..sbb kte tgh blaja kn..so baby pun indirectly blaja jugak..and maybe we could spent more time with anak2..coz xbz as bila kerja nnti..and get pregnant early is good..especially when you want to have many kids..sbb..our age wont reach 35++ kot..of koz we want many kids sbb nak lahirkan pejuang islam..remember?..soo..if kawen lambat..den planning nak anak ramai x selari dgn umur..and den..tuhan kata..perempuan yang diberkati ada 3 ciri2 which is
1. perempuan yg awal perkahwinannya
2. perempuan yang awal mendapat anak
3. perempuan yang ringan maharnya
soo insyaAllah..kte akan diberkati..
PLUS, kawen awal dpt elakkan seseorg tu drpd melakukan maksiat..drpd terpesong drpd landasan sebenar..seresly..sumtymes a gurl need a guide from the man to lead her to the right path..and marriage is the best solution..(for me)
the disadvantage is that..takut2 we're not prepared or ready..but actually..alam perkahwinan ni la yg bantu kte mengenali hidup..to be more matured..n klo kte ssh sme susah n senang sme senang dgn suami..byk dugaan kte harungi sme2..tu lagi merapatkan hubungan kte dgn suami..confirm la ada ups and downs ble kahwin kn?so apa slhnya..
2nd is maybe not ready financially..but if we think it back..ramai je parents yg kawen awal..n they can manage it..if they can do it..y not us? klo kte berpegang kpd ajaran allah..insyaAllah kte akan selamat..tuhan akan tolong juga..SERES..we just have to have faith in Him..
3rd.maybe org kata xdpt nak enjoy life..xdpt njoy being a single woman,no responsibility..but..x enjoy ke ble dh kawen? xnjoy ke ble dah ada anak?is it a burden to have a husband and children? if its a burden, tuhan xkn kurniakan tu sume..kn?tuhan xkn suruh kte kahwin and ada anak..actualy ble ada anak tu la rezeki turun melimpah ruah..
hmm..xtau dh nk ckp ape..but i think kawen awal is OK..ble kte pregnant, lahirkan anak, kte dpt hapuskan dosa2 kecill..n pahala byk dpt kpd isteri yg setia kpd suami..bg senyuman ikhlas kt suami pun dh dpt pahala..senang kn? kre..klo pompuan tu dh kawen, hati die insyaAllah jdi bersih sbb dpt byk pahala n hapuskan dosa2 kecil....n ble hati bersih, ilmu sng masuk..xke ini dpt tolong seorng pompuan tu utk berjaya academically..?
ntahlaa..this is what i think..but IT IS a BIG RESPONSIBILITY though..i know..but im prepared..
A.M.

Friday, February 13, 2009

Selamat Beramal to all islamic next top MOTHERS

Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71) -

Perkara yang Perlu diamalkan!

  1. Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
  2. Selalu makan makanan yang panas2
  3. Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
  4. Selalu minum air masak
  5. Selalu makan ulam2
  6. Selalu mengamalkan pandangan hijau
  7. Selalu bersenam
  8. Selalu menggunakan imaginasi otak
  9. Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
  10. Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai( yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  11. Jangan ego
  12. Jangan dengki pada orang lain
  13. Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  14. Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  15. Jangan makan makanan yang ada pewarna
  16. Jangan makan makanan yang ada pengawet
  17. Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  18. Jangan mandi selepas 9.00malam

Perkara2 yang buat kita hilang ingatan dan tumpul minda!

  1. Kurangkan makan bawang besar
  2. Kurangkan makan berempah
  3. Kurangkan makan ketumbar kering
  4. Kurangkan menonton hiburan
  5. Kurangkan membaca majalah hiburan
  6. Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
  7. Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
  8. Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
  9. Jangan makan kepala ikan
  10. Jangan minum air yang ada semut
  11. Jangan tidur selepas subuh
  12. Jangan tidur selepas asar
  13. Jangan tidur selepas makan
  14. Jangan makan terlalu kenyang
  15. Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
  16. Jangan menyapu rumah pada waktu malam
  17. Jangan makan yang masam-masam berlebihan
  18. Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
  19. Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Monday, February 9, 2009

sedikit ilmu utk dikongsi.. :)

salam semua..! hola :)

td br je borak ngn sorg kwn skolah lme.. die ni sgt bagus.. slh seorg yg kte paling respect zmn skolah dlu. then crite2 tu, cmne tah trmasuk la crite2 psl israel.. sbb teringat kat artikel mengapa yahudi bijak (refer first post) tu.. kite cite la kat die psl rokok.. yg org israel, klu ade org isap rokok dlm umh die, die akn halau kuar.. diorg cukup pantang psl rokok2 ni.. padehal diorg pemilik rokok trbsr dunia.. saje nak rosakkan org kan. nikotin je dah leh rosakkan main sel dlm otak. tu br nikotin.. x campur ngn yg lain2 lg dlm rokok tu. tsk2. dahsyat kan israel ni nak rosakkn org? tu kwn kte ckp.. dulu hitler pnah kate.. "i could have killed all jews but i left some so that people will understand the reason why i killed them" agak aaa.. bile pkir2 balik.. rse2nye mmg org da paham..

n cm kwn kite kate.. barisan pemuda islam skrg msih sgt byk kecacatan.. bkn sng nak cari org yg sanggup hidup susah.. sedangkan nak boikot mcD pn dah rase sgt berat.. apetah lagi nak korbankn everything pergi brjuang.. btul ape die ckp. even kite sendiri pn.. kdg2 nak boikot tu cam.. alaa.. sbb kite x btul2 faham dgn hati knapa kite boikot.. sbb kte x btul2 fhm ngn hati yg isu palestin ni, bkan sekadar isu kemanusiaan, tapi isu akidah. isu kite seluruh umat islam. takut bile fikir.. kalau kene soal ngn Allah kat akhirat nanti, pasal ape yg kte lakukan pada saat saudara2 kite diserang kat palestin tu, ape kita nak jwb? nak ke jawab kate kite dok sibuk minum coffee kat starbucks menyumbang money utk bina peluru2 tentera israel? kate kite dok tgh menikmati sundae mcD? ya Allah takutnye.. bile ckp ngn kawan kte tu.. baru tersedar balik.. kdg2 kte terlampau lalai dn leka ngn dunia kte sendiri.. sampai kte lupe ape yg brlaku kat luar sane.. sampai kte lupe yg kte semuanya saudara seakidah.seislam. na'udzubillah.. kwn2, ingatkanlah kite kalau kte terlupe eh...

time tu, kwn kte ckp gak, bile kawin nti, ajak la suami wat byk2 amalan dr awal, supaya anak2 kte soleh insyaAllah.. antara things yg die pesan utk kte lakukan sbg seorang islam:

1. baca, amik tau n faham btul2 ttg keadaan skrg, fahamkan dgn hati..

2. boikot. bile rase susah, cube, instead of saying "xleh beli produk ni", maybe it's better to say "xnak beli produk ni". sbb syarikat ni sumbang money utk hancurkan org islam... etc2.. psikologi gak la kot kiranya. klu kite kate xleh, mungkin kte akan rasa terpaksa boikot, n rimas sbb seolah2 bnde tu bkan kehendak kite. seolah2 tu satu rule yg kte kene ikut. tapi, bile kite kate kite xnak, kte akan rasa, kite yg xnak consume bende tu atas sbb2 mcm tu. itu choice kite, kita yg pilih utk x nak consume. so bile bnde tu atas kehendak kite sndiri.. our own will. insyaAllah leh tahan lama.

3. bina cita2. setkan aim or goal yg kite nak capai. bygkan perjalanan future life kite dgn detail n try capai satu2. ni penting, sbb slh satu mslh dlm pmbntukan diri is takde bygn yg jelas n takde usaha utk seiring dgn cita2. jadi, tetapkanlah goal kite dr skrg!

4. kumpulkan kawan2, bina link or hubungan yg kukuh, pastu nanti bergerak sama2 dlm kumpulan, br leh nak cpat maju. my friend wat perumpamaan yg bergerak dlm kumpulan ni cam lebih kurang same dgn exponential graf..makin ramai makin cpt bjaya.tp dgn syarat efficency tu kene constant la.

bile die ckp camtu, kite tanyela, die apply konsep solat jemaah ke? sbb kite rase, bile kite ada jemaah, kite lebih bersungguh nak solat. cth cam bile azan je, berkejar ke surau, nak solat tunaikan perintah Allah sama2 dgn orang lain. siapa nak masuk syurga sorang2 kan? mestila kite nak sama2 ngn kawan2 kite. pastu die ckp, haah die apply konsep solat jemaah. tapi die kate, solat jemaah pn ade defect (kecacatan) gak. sbb bile solat jemaah, brp ramai yg rukuk n sujud same2? ramai je yg sendiri2. tu dah melambangkan betapa x bersatunya hati2 umat islam.
time tu, kite tanye la balik, bleh ke nak serentak kan? sbb kite rase bkan natural ke ade org laju skit, ade org slow skit. cthnya, org tua yg bersolat di kalangan org2 muda. then die katela, "masa zaman nabi ke zaman sahabat dlu (xsure), antare bende yg menggerunkn empayar musuh ialah bile musuh tgk umat islam solat, sekata je..bile bayang pn jd cuak..semua berdisiplin gile.."
bile kite dgr je die ckp camtu, terus pikir hebatnya org2 islam dulu kan.. sgt bersatu sampai camtu skali.. boleh ke kita ni nak camtu? then kwn kite tu tambah lagi, yg pasal org tua n org muda tu leh je nak sekata.. walaupn mungkin x semua leh nak sekata, tp at least most of them leh sekata. lgpn org tua, kalau x larat nak gerak diorg msti susah nk dtg masjid utk berjemaah.. jadi kalo dtg tu maksudnye mesti ade kekuatan utk gerak dgn normal insyaAllah..

hmm.. btul jugak kata dia tu.. kita yg x cukup berusaha brsungguh2 n slalu je nak cari alasan.. reflek balik diri kite sendiri la kan? huhu. smoga kite ditetapkan dalam iman dan Islam.. dan semoga cita2 kita nak lahirkan n didik bakal2 pejuang islam tercapai insyaAllah. impian kite.. Islam's next top mothers! amiiinnn..

~Ya Allah Ya Tuhan Kami, jika ini yang terbaik untuk kami, maka Kau tetapkanlah kami supaya sentiasa istiqamah dgn cita2 kami ini, dan Kau bantulah kami mencapai impian kami in Ya Allah. Tetapi jika sebaliknya, kami mohon padamu Ya Allah, Kau tunjukkanlah kami jalan yang lurus.. tetapkanlah kami di jalanmu, Ya Rahman Ya Rahim.. amiiinnn~

Saturday, February 7, 2009

AMAL 7 

(1)  Membaiki diri sendiri hingga mejadi kuat tubuh badan, mantap akhlak, fikiran yang terpelajar, mampu mencari nafkah, bersih Aqidah, betul ibadah, mengawal nafsu diri, menjaga waktu, tersusun dalam urusan dan bermenfaat kepada orang lain. 


(2)  Membentuk keluarga Islam dengan cara memastikan keluarganya menghormati Fikrah atau perjuangannya, menjaga adab-adab Islam dalam setiap bentuk kehidupan di rumah, baik dalam memilih pasangan, membantu pasangan dalam menunaikan hak dan kewajipannya, baik dalam mendidik anak-anak dan pembantu rumah serta membesarkan mereka di atas prinsip-prinsip Islam. 
 

 

 

(3)  Membimbing masyarakat dengan cara menyebarkan Dakwah kepada mereka, membenteras kelucahan dan kemunkaran, menggalakkan akhlak-akhlak yang mulia, mengajak kepada yang makruf, bersegera melakukan kebaikan, menarik pendangan umum ke arah Fikrah Islam dan terus menerus mencorak suasana kehidupan umum masyarakat dengan Fikrah Islam. 
 

 

 

(4)  Membebaskan tanahair Islam dari sebarang kekuasaan, pengaruh atau campurtangan asing yang bukan Islam, samada di aspek politik, ekonomi atau ruh. 
 

 

 

(5)  Membaiki kerajaan sehingga ia menjadi Kerajaan Islam sebenar yang melaksanakan peranannya sebagai khadam kepada umat ini, pelindungnya dan buruh demi mencapai kepentingan umat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang :
(i) Anggotanya dari kalangan orang-rang Islam.
(ii) Mereka menunaikan amal-amal Fardhu .
(iii) Tidak terang-terangan melakukan maksiat.
(iv) Melaksanakan hukum hakam dan ajaran-ajaran Islam. Mengambil anggota dari bukan Islam dalam hal darurat asalkan bukan jawatan Wilayah Ammah (kepimpinan tertinggi).

Strukturnya selari dengan kaedah umum sistem pemerintahan Islam. 
 

Diantara sifat-sifat Kerajaan Islam ialah :                                                              

 

 

 i.    Merasa tanggungjawab.                                                              
ii.    Belas kasihan terhadap rakyat jelata.
                                                         
iii.    Adil sesama manusia.
                                                             
iv.    Bersih dalam menjaga wang rakyat dan berjimat cermat. 

Diantara kewajipan Kerajaan Islam untuk rakyat ialah :                                                              
i.      Memelihara keselamatan dan keamanan.
                                                            
 ii.      Melaksanakan undang-undang.
                                                           
 iii.     Meluaskan pengajian ilmu pengetahuan.
                                                          
iv.     Mempersiapkan kekuatan.
                                                            
v.      Menjaga kesihatan.
                                                         
vi.      Memelihara kemudahan awam.
                                                           
vii.     Membangunkan ekonomi dan menjaga harta negara.
                                                      
 viii.     Menguatkan akhlak umat.
                                                         
ix.      
Menyebarkan Dakwah. 

Diantara hak-hak Kerajaan Islam ke atas rakyat – sekiranya kerajaan tersebut telah melaksanakan kewajipan-kewajipannya – ialah memberikan :                                                              
i.      Walak dan ketaatan.
                                                            
ii.     Bantuan dengan jiwa raga dan harta. 

Jika kerajaan cuai dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya, maka ke atas rakyat berperanan untuk :                                        
 i.      Memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Jika masih juga cuai maka :
                                       
 ii.     Digantikan dengan kerajaan lain yang benar-benar bersedia melaksanakan kewajipan-kewajipan

tersebut. 
 

 

(6)  Mengembalikan struktur antarabangsa bagi Umat Islam dengan cara memerdekakan tanahairnya, menghidupkan zaman kegemilangannya, merapatkan jurang berbezaan ilmu pengetahuannya, menyatukan keputusannya sehinnga semua tadi membawa kepada mewujudkan kembali Khilafah Islam yang telah hilang dan kesatuan yang diimpikan. 
 

(7)  Memimpin dan membimbing alam dengan cara meluaskan Dakwah Islam ke segenap ceruk dan keseluruh pelusuk dunia. “Sehingga tiada lagi fitnah dan seluruh agama (sistem) adalah milik Allah” (Al-Baqarah:193). 

http://inijalanku.wordpress.com

da ad calon ke????

aSSALAmualaikum 

tadi da kte kt mak, advantge of kahwin awal, 
pastu mak pon kte, kawin la.. 
wow!! hati niy cm da melompat2 la.. hehe 
pastu ckap kt mak, tp xd calon lg.. haih.. 
terpaksa la tunggu.. 
Allah knows best.. 

perkahwinan yang diberkati

one of my fren kata..if nak sesuatu perkahwinan tu diberkati oleh allah..actually it has to start from the beginnig..meaning start from how kte jumpa suami kte tu lagi..

klo 1st tyme kte jumpa suami kte kat tempat clubbing ke, concert,sarang maksiat or tmpat2 tu la..its not good actually.takut xdiberkati oleh allah...

and then tgk pergaulan b4 kahwin pulak..klo b4 kahwin tu dh pegang2 tangan la,peluk2,cium2 sume..benda tu xkn diberkati oleh allah...if can, try la avoid so that perkahwinan kte tu diberkati..itu org kata better kahwin cpat..jgn tangguh2kn if u know that is the right guy n niat utk kahwin is for allah n utk berjihad..ni utk avoid lagi byk maksiat yg kte akan buat if x kahwin..

and then, tgk pulak cara kte kahwin..if kte buat party besar2an dgn niat utk bongkak,riak atau bertanding..den itu lgi bahaya kerana sesungguhnya perkahwinan sebegitu tidak diberkati oleh allah..niat tu kena btol..buat mkn2 utk feed anak2 yatim ke, utk hebahkan perkahwinan ke..bukannya utk pakai baju mahal2, kt hotel2 mahal..tu sume dh lari dri niat kerana allah..Allah murka dgn org2 yg riak dan bongkak..

InsyaAllah kalau kte try avoid benda2 ni, perkahwinan kte tu akan diberkati selama2nya dan kte akan bahagia dgn suami kte dunia dan akhirat..

Friday, February 6, 2009

Islamic books 4 islamic kids

yo guys..check out this website..its really good and cool for small kids and to the moms..

http://myfirstep.com/store/index.php?main_page=index&cPath=5&zenid=c28dd0fccc43c6d0c6047498d5b2acef

I think drpd kte bce bedtime stories pasal fairytale and happy ever after merepek2 sume tu yg x exist pun in real life dekat anak2 kte..better la kte bce cerita2 drpd al quran..since sume cte2 tu benar and pernah exist in real life..n bukannya cte dongeng..n i think its da best thing for your children..Plus with the moral of the stories sume..its really good..and to future moms also..kte boleh bce for our own knowledge and also for our children..lets educate ourselves utk tau sejarah2 islam..hope you could buy these islamic books to teach your kids the islamic value in your children..its really cool and cheap!! and high quality too..lets2 promote this website!! hehehe lets be the islamic's next top mothers!!!
assalamualaikum

kahwin for love VS kahwin for Allah

hye rakan2..lets debate this issue..
first, i think i am more agree on kahwin for allah rather than kahwin for love..kdng2 i dont believe in love..i love to watch fairy tales story and all..tp kn..i think apaa yg org putih ajar kids nowadays is wrong..actually we should say that everything we do is for allah..kahwin for allah..not for love..
lets take for example..ada psngan suami isteri ni yg kahwin for love but not for allah..ada lg satu, kahwin for allah even though dorg xlove each other..which one do u think last longer? In my opinion, i think psngan yg kahwin for allah will last longer..apa2 yg kte buat, if it is for allah, n diberkati oleh allah..insyaAllah kte akan bahagia selama2nya..as what is post earlier, cinta for allah kekal selama2nya..cinta for manusia x kekal sgt..
so i think..i want to get married with suami yg alim..yg will bimbing me towards allah..even though i dont love that guy that much..but if my niat is for allah..to lahirkan byk zuriat..to lahirkan pejuang2 islam..insyaAllah allah akan tolong me towards kebahagiaan..cinta kpd manusia boleh dipupuk..
Actually i post this becoz i just got heartbroken..bcoz b4 this i believe in happy ever after, true love kiss, butterfly in stomach and all...sume tu..mmg la cinta tu indah..tp actually..xkekal pun..mmg mule2 couple..happy sgt10..tp once the guy tinggalkan kte..mcm tu je..den u know..betapa keciknya diri u tu..n dh betapa byknya dosa yg u dh buat..not only buat maksiat..but also derhaka kpd ibu bapa..ye la kekadangkan kte smpai lupakan parents sbb taksub sgt dgn bf tu..nnti end up..baru kte sedar..parents will always b there 4 u..n mmg insaf sgt2 la..soo actually..even though if we love sum1 that much tp xdiberkati oleh allah..benda tu la yg bahaya..so every1..kahwin for allah will be the best solution ..since ive experienced a lot..now i nk change my niat..everything i do is for allah..kahwin for allah..not for the stupid love that the white people is teaching us nowadays..
insyaAllah perkahwinan yg diberkati oleh allah akan bahagia dunia dan akhirat..
assalamualaikum

Sama2 la kite fikirkan.......

SOALAN LELAKI KEPADA PASANGANNYA:

  1. Keceriaanku mungkin pudar oleh tekanan kerja dan kehidupan. Aku cenderung untuk diam dan senyumanku mungkin kurang manis dan indahnya. Diri ini yang pada masa ini suka bergurau senda, ketika itu pulang dengan kerut dahi, kurang sense of humor, dan hanya bercakap benda-benda besar yang serius. Sabarkah engkau dengan perubahanku itu nanti? Kuatkah cintamu kepadaku?
  2. Tekanan hidup mungkin menyebabkan perananku sebagai suami kepadamu terjejas. Upayaku untuk memberi nafkah batin kepadamu terganggu dan untuk menyuarakannya kepadamu aku terasa malu. Masalah mati pucuk yang sering menimpa lelaki yang tertekan dengan pekerjaan dan kehidupan menggugat kepuasan dirimu sebagai isteriku. Sabarkah engkau dengan keadaan itu, dan apa rancanganmu untuk kita menempuh saat-saat itu? Terjejaskah cinta kita di hatimu?
  3. Andai kerjayaku dirempuh badai dan surut seketika, kewanganku dan keluarga kita jauh dari mencapai sempurna keperluan. Keluarga dan teman mencemuhmu kerana ‘menanggung’ aku sebagai seorang suami yang dilabel dayus. Aku akan berusaha agar ia hanya seketika, namun sabarkah engkau menempuhnya? Masihkah aku kekasih hatimu?
  4. Aku menjadi seorang lelaki yang menjemukan. Aku mengharapkan dirimu sebagai insan yang akan membantu menceriakan aku, namun sabarkah engkau dengan diriku dan mampukah cinta kita di hatimu terus membenih bahagia?
  5. Jika kerjayaku berkembang di luar jangkaan kita, engkau terpaksa berkongsi diriku dengan massa, dan aku terpaksa selalu ke sini sana untuk bekerja. sabarkah engkau dengan suasana itu, dan aku masih cinta hatimu?
  6. Jika aku disahkan doktor tidak mampu memberikan kita zuriat, rumahtangga kita sunyi tanpa cahaya mata, apakah engkau masih sudi menemaniku dalam bahtera rumahtangga kita?
  7. Sekiranya rumahtangga kita teruji apabila aku ditimpa kemalangan atau stroke yang melumpuhkan pergerakan fizikal serta upayaku sebagai suami, kencing berakku yang bertubuh berat ini di dalam kain pelekat yang pernah kauhadiahkan kepadaku, apakah ia menggugat cinta kita dan mampukah engkau terus hidup di sisiku yang hanya suamimu dengan status suami tanpa mampu melaksanakan banyak tanggungjawabku sebagai suami
http://saifulislam.com

Thursday, February 5, 2009

kahwin, for what??

Salam.. 
Zaman muda2 dulu, selalu pk, kalau nk get married, nk ngn lelaki yang handsome, kaya, and romantik. Eceh2, muda2 da gtal.. Yela, spe x suke ad hubby cm2 kn?? Pastu nk wat wedding yg habis grand la, nk beach wedding, xpon, garden wedding.. (Tiba2terasa diri sgtla romantik..:)) xpnh pk pon psal bnd2 yg lain. pastu, dulu pk, nk anak sikit, sebab nnt serabut la ramai2 kn.. ish2.. pastu, nk umah besar, nk kete besar.. bru la bez kn. pastu nk g honeymoon setiap tahun, g holiday setiap dua bulan.. itula impian dulu..sekarang bile da tua, Alhamdulillah, di bukakan pintu hati untuk lihat bnd2 yg sering di pandg ringan. actually, memg sush untuk kite betulkn niat. and sebenarny dalam ap yg kite buat, niat tu la yang paling penting, sebab niat tu kt hati kn. Allah je yg taw. ap pon kne buat sebab Allah. sush ke ha mcm tu? secara jujur, saya akui, sgt sush. nk kahwin pon kne sebab Allah. mampu ke sy terima sume cbrn2 nk kahwin nnt sebab Allah, bukan sebab nafsu semata-mata, mahupun sebab harta benda?ap maksud kahwin sebab Allah?hmm, sush nk kate, sebab bukanla expert sgt. tgk la nnt nk confirmkan, bru tulih balik. sape xnk get married ngn org yg die syg kn? love of the life la ktekn. hmm, mak selalu kte, kalau kite nk wat ap pon, tgk balik tujuan kite. kahwin pon sme. tujuan sebenarnya digalakkan kahwin tu adalah untuk elak maksiat, di samping meramaikan umat manusia. tp senang ke kalau kite rse mcm da jumpe ngn org yg kite syg, and nk kahwin je trus. susah, sgt la sush.. bukan sume bole terima nk kahwin awal for certain reason. jadi, adakah bermakna kite hrus tunggu je?
tunggu for the right time? Hmm, nthla. i'm not an expert. yg paling penting, moga2 dibukakan hati untuk terus memperbaharui niat dalam apa jua yang dilakukan. doa bnyk2..harap2 sentiasa di bantu.. 
Next top islamic mother.. Insya'Allah..  

Wednesday, February 4, 2009

Tarbiyyatul Awlad: 10 Aktiviti Bersama Anak-Anak Kita

1. Membaca untuk anak kita setiap hari

Kelebihan membaca untuk anak anda adalah:

  • Kita akan mempunyai masa yang berkualiti bersama anak -anak, dan menunjukkan kepada mereka bahawa mereka adalah penting bagi kita
  • Ini membantu menambah perkataan – perkataan baru dalam kamus anak - anak
  • Ini membantu anak – anak kita belajar menyebut perkataan dengan betul
  • Aktiviti ini membantu anak – anak mempelajari lenggok bahasa, dimana perlu berhenti seketika, di mana perlu ditekankan
  • Ianya membantu melatih kemahiran mendengar, tahap perhatian dan keupayaan untuk fokus pada diri anak – anak
  • Ini membolehkan berlakunya perkembangan dalam pemahaman anak – anak terhadap dunia dengan memberikan pendedahan baru kepada mereka
  • Ianya juga memberi peluang kepada anak – anak untuk bertanyakan soalan atau menyatakan pendapat dan pandangan mereka.

Teruskan membaca untuk anak – anak selagi mana mereka menunjukkan minat terhadap aktiviti ini.

Antara bahan yang boleh dibaca: buku cerita, Al Quran, Al Hadith, artikel, surat khabar

Tip: Pastikan berbincang selepas membacakan untuk mereka

Teringinnya nk jadik a good mother!!!:)

Islam next top mother is my goal:)

Tuesday, February 3, 2009

Keajaiban yg tidak dihebahkan oleh Israel

recently, one of my fren ni cerita..di Israel, ada perkara2 ajaib yg berlaku kpd org islam sewaktu peperangan Gaza itu. Cthnya, ada interview ni dgn org Israel. org israel ni jd buta. so interviewer ni tnyela mcm mne bleh jadi buta. and org israel ni kata mse tu ada lelaki berjubah putih duduk jauh sket drpd die and die membaling pasir ke arah sye. Lepastu sye trus jadi buta.. jadi klo kte lihat, ni sme dgn kisah nabi muhammad di mna nabi muhammad membaling pasir ke arah abu jahal dn org2nya sebelumbeliau nak g hijrah ke Madinah menyebbkan pandangan org2 itu tertutup.
Selain itu, ada juga peristiwa di mna org2 islam ni nmpk burung di langit terbng ke arah suatu tempat. Jd org2 islam ni rse semcm n follow la birds tu kn. tgk2 selepas tu kwsn yg mereka tingglkn tu di bom oleh org2 yahudi. jd org2 islam ni terselamat dr serangan bom tersebut. Alhamdulillah burung2 itu telah menolong org2 islam ini.
Cerita ini dtg drpd pelarian Palestin sendiri dan insyaAllah cerita ini benar. Sekirannya sye buat silap, tolong btulkan ye..
thanks :)

Monday, February 2, 2009

couple,, 2nd post

baru je cakap pasal couple smalam..
tiba2 tadi.. ada sorang kawan bg artikel ni kat sy..
sy pnah bace artikel ni sblum ni..
ada sorang kawan lain yg bg jugak..
alhamdulillah..
rase sayu sgt hati..
sy rse macam Allah nak ingatkn sy..
macam Allah nak lindung sy..
mungkin, Allah nak kuatkan diri sy..
Allah nak bg petunjuk kat sy..
sy brsyukur sbb Allah kurniakan sy
kwn2 yg sntiasa ingatkan sy ke arah kbnaran..
sy hrp sy pun dpt jadi kawan yg baik pd diorg..
mcm diorg pd sy..
insyaAllah..

jom bace same2..
n same2 la kte amik pengajaran..
apa yg baik insyaAllah..


____________________________________________________________

Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..


Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..


Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..
Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita
Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..
ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..


Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"
Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..
saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..
Dan masa itulah saya kenal awak..
saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..
nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat
Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam.. kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..
Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..
Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..
Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terfkir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..
Alhamdulillah..
Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa
dan saya kena brubah..
Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik..
Sebab memang itu fitrah manusia..menginginkan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..
Rapatkan diri dengan Al-Quran..
Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..

Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran
Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,
Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..
Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.
Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..
bercinta kerana Allah..
Kita couple tak macam orang lain..
Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je.
.ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya selalu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..

Dalam proses perubahan saya,
Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.
Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik
Tegur mereka apa sahaja yang silap..
Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dosa..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..
saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"

Saya tak percaya..
tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..
macam betul pulak..
huhu~~
tapi biasala..
kalau kita suka satu benda tu..
kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..
dan teruskan saja hubungan kita..
kita tak buat maksiat..
Kita jalan-jalan pegang tangan..
tak jiwang-jiwang..
Cuma saling ambil berat..
Tanya khabar..
Borak-borak..
Siap bagi tzkirah lagi..
Apa yang haramnya dengan benda ni?
Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...
Masa ni dah nak dekat Trial SPM..
lagi tiga minggu sebelum trial..
dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..
buat study group
Pada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..
ada juga yang buat tak tahu
Kadang-kadang bila tegur..
saya kena marah pula..
macam-macamlah alasannya
ada kata saya tegur tak berhikmah..
ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..
Tapi tak kisah..
saya ada tempat mengadu..
huhu~~

Suatu masa..
ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..
saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?Maka tidakkah kamu berfikir?(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..
"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"

Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamusembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui."(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu kritikan kawan..
"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..
Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?
Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?
Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayah
tahu saya selalu berhubung dengan perempuan?
Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..
saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..
Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..
saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..
Dalam fikiran saya..
"Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."

******

Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya tragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana?
Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la.
Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikitboleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni ,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"
Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..
"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"
"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni.

"Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baikperbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"
Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"
"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapatelakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."
"Zina hati?" Saya menduga.
"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."
Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..
"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."
"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."
Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..
"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."
Saya trdiam lagi.
"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."
Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.
"Jadi apa saya nak buat bang?"
"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."
"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"
"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."
Tiba-tiba saya terfikir..
"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"
Saya cakap.."Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"
Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..
"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."
Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga."
Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."
"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."
"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."
Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..
"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu.."Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."
Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tinggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].
Lepas tu tertera di skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..
"Terima kasih bang.."
"Takpe, dah tanggungjawab.."
Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..
Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..
"Seindah gubahan pertama.."
Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..
"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredhaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..
Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..
Lagi satu,
Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
-Yang Terakhir- "
[SEND]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
Takkan..buat selama-lamanya..